Save Sabah!

Save Sabah's Natural Heritage and Future Generations!

Membantah Loji Elektrik Arang Batu

Posted by Save Sabah On December - 12 - 2008

MEMBANTAH PROJEK PEMBINAAN LOJI JANA KUASA ARANG BATU 300MEGAWATT DI SEGUNTOR BAY SANDAKAN

Kenapa kita perlu membantah pembinaan loji jana kuasa ini?

1. Projek ini akan dibina berdekatan dengan:-

- Pusat Pemulihaaan orang utan Sepilok – 5KM

- Perkampunagn nelayan bertentangan dgn Seguntor Bay – lebih kurang 0.5KM

- Taman Mawar/ perumahan estate Sibuga , lebih 20,000 keluarga/penduduk – 3-4 KM

- Kawasan industry & perumahan Batu Sapi – 1 km

2. Kehidupan marine / laut di perkampungan nelayan amat indah, kilang arang batu ini sudah tentu akan merosakkan alam sekitar dan pemandangan yang indah ini selama-lamanya.

3. Hutan simpan & udara yang tercemar pasti menjejaskan kehidupan semulajadi orang utan & hidupan laut yang menjadi icon penting & tarikan pelancung ke Sandakan.

4. 300 megawatt loji jana kuasa arang baru ini akan membakar lebih kurang 1 juta ton arang batu setahun. Sedarkah kita apa kesan & pencemaran yang akan dihasilkan ?

BAHAN KIMIA YANG DIHASILKAN DARI LOJI JANA KUASA ARANG BATU

KESAN

Carbon dioxide

Karbon dioksida merupakan gas tanpa warna yang, apabila dihidu pada dos yang tinggi (aktiviti merbahaya disebabkan risiko sesak nafas), menghasilkan rasa masam dalam mulut and rasa menyengat di hidung dan tekak. Kesan Rumah Hijau iaitu pemanasan global berlaku apabila tahap carbon dioxide, karbon monoksida, nitrogen dioksida melebihi tahap normal. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Kesan lain pemanasan global : Permukaan air laut meningkat, memusnahkan tumbuhan & haiwan,kekerapan banjir,kemarau panjang,kekurangan air minuman & pulau serta & membawa pelbagai penyakit .TSUNAMI 2004 adalah antara kesan pemanasan global. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_hijau)

Sulphur dioxide & nitrogen oxide

Sulfur dioxide & nitrogen oxide dalam atmosfera bertindakbalas dengan wap air menghasilkan asid sulfuric & asid nitric. Wap air akan membentuk awan & apabila terpelowap hujan akan turun sebagai hujan asid. Ia boleh menyebabkan sakit dada/batuk, gangguan paru-paru & pernafasan terutama sekali pada kanak-kanak & bayi , menyebabkan kematian, asthma, sakit tulang & buah pingang. Air sungai & laut berasid & membunuh hidupan laut spt ikan . Ikan bahaya kepada manusia kerana kandungan raksa (mecury) yang tinggi. Hutan musnah akibat hujan asid, mempercepatkan hakisan bangunan, mempercepatkan kadar hakisan & karat. http://www.catf.us/publications/reports/Children_at_Risk.pdf

Mercury (raksa)

Bahan buangan ini dikelaskan sebagai e-waste (SW 103) mengikut Jadual 1, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan terjadual) 2005. Tahap merkuri yang tinggi berkait rapat dengan ketidaksuburan wanita dan lelaki. Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa tahap plumbum yang selama ini dijangka selamat (100mg/dl) sebenarnya boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan yang buruk. Misalnya, kanak-kanak yang mempunyai tahap kurang daripada 10mg/dl tetap menghadapi masalah penyesuaian diri di sekolah dan mempunyai ‘IQ’ yang lebih rendah. Merkuri boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap sistem saraf dan buah pinggang , meninggikan risiko mengidap sakit jantung serta menimbulkan masalah penglihatan, pendengaran dan hilang ingatan. Logam berat yang berlebihan dalam badan boleh membantutkan perkembangan otak serta sistem saraf bayi. Mercury memberi kesan buruk dengan mencemarkan air & hidupan laut yang kemudian dimakan oleh manusia.

Sisa Bahan Buangan Beracun

Asap, debu, mercury (raksa) & sisa bahan buangan yang mengandungi bahan kimia mencemarkan air minuman dan ecosystem di sekitar tempat. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=264964

Antara kesan daripada pengambilan air yang tercemar : kolera, typhoid, kerencatan janin, kanser, hepatitis A.

Adakah kita akan mewariskan dunia yang amat panas kepada anak, cucu dan cicit kita?

KATAKAN TIDAK PADA LOJI JANA KUASA ARANG BATU, YA PADA UDARA & PERSEKITARAN BERSIH!!.

Tandatangan online atau untuk maklumat lanjut sila layari www.savesabah.com/blog

Bertindak Sekarang!!!

Popularity: 5% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Leave a Reply

Timer

VIDEO

TAG CLOUD

Sponsors